Pages

Thursday, 17 May 2012

smokey eyes...




                                                           photos by Bobbi Brown

Untuk mereka yang inginkan perubahan penampilan terutamanya pada raut wajah..solekan mata dapat memberikan kelainan pada wajah anda, terutamanya untuk ke majlis  makan malam .`Smokey eyes' merupakan cara solekan mata yang agak popular. Pembayang mata dari warna gelap iaitu hitam digunakan dalam solekan mata `smokey eyes'.Calitkan warna tersebut pada bahagian tepi sudut kelopak mata hingga ke bahagian dalam kelopak mata anda. Kemudian gunakan `eye liner' di sekeliling mata untuk menaikkan lagi seri solekan tersebut.

Tuesday, 17 January 2012

Pembersihan wajah..

Pertama, anda dinasihatkan menggunakan pembersih krim atau minyak (cleansing cream/milk/oil), mengikut kesesuaian kulit masing-masing.




photo by Robert Erdmann


Setelah itu, gunakan pencuci muka samada dalam bentuk gel atau krim. Terdapat beberapa jenis di pasaran dan hendaklah dipilih berdasarkan keserasian kulit anda.